Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Air Terjun Penawan Eco Park Lawas Riadah Alam yang Menarik

By 14 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Hassan (Sarawak)

LAWAS, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Lawas yang merupakan daerah paling utara di Sarawak memiliki satu lokasi perkelahan dan riadah alam semula jadi yang amat menarik iaitu Air Terjun Penawan Eco Park berdekatan Kampung Pa’ Puti, Pengalih.

Keindahan alam semulajadi di Air Terjun Penawan Eco Park Lawas.

Pasti ramai yang belum mengetahui lokasi tersebut walaupun perjalanan dari Pekan Lawas hanya berjarak 14 kilometer dan mengambil masa kurang setengah jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Di kawasan tersebut terdapat 12 kawasan air terjun yang boleh dilawati dengan aktiviti kembara dan merentas hutan berdasarkan kecergasan fizikal individu.

Malah pengunjung juga akan disediakan khidmat jurupandu arah yang akan membantu mereka untuk sampai ke kawasan air terjun dengan selamat.

“Saya begitu teruja melihat keindahan alam di sini yang damai serta sesuai untuk riadah hujung minggu,” kata seorang penjawat awam Mardi Kamli, 38, yang bertugas di Lawas dan telah beberapa kali mengunjungi tempat ini, di sini semalam.

Mardi Kamli.

Pengemar aktiviti kembara dan merentas hutan pasti tertawan dengan keindahan Air Terjun Batu Meregab yang terletak kira-kira tiga minit perjalanan dari lokasi pendaftaran pengunjung di Penawan Waterfall Eco Park.

Selain itu, pengunjung juga boleh bermalam di sini sekiranya bercadang untuk membuat program bina pasukan dan perkhemahan kerana penginapan juga disediakan oleh pihak Koperasi Kota Penawan Lawas Berhad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda