
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
HULU KELANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan kajian Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) Selangor mendapati masih terdapat pergerakan tanah di kawasan runtuhan di Jalan E6, di sini.
Susulan itu, katanya penduduk terlibat dinasihatkan tidak balik ke rumah dan diarahkan berpindah buat sementara.
“Seramai 33 individu daripada 11 keluarga terlibat dalam insiden berkenaan.
“Tindakan susulan akan terus dilaksanakan termasuk meletakkan kanvas di kawasan runtuhan,” katanya semasa sidang media, di sini semalam.
Katanya, kawasan runtuhan seluas 600 meter persegi dan jaraknya hanya 30 meter daripada rumah penduduk.
“Kerja-kerja pembersihan telah 80 peratus selesai sehingga jam 5.30 petang.
“Selesai kerja-kerja pembersihanPenduduk terlibat dibenarkan masuk kediaman mereka untuk mengambil barangan peribadi.
Menurutnya, penduduk juga akan bermalam di Dewan Orang Ramai JKP Zon 1 MPAJ kerana berhampiran dengan kediaman mereka selain rumah saudara mara dan hotel.
-ZS-