Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Longkang Tersumbat, Air Melimpah Punca Kejadian Tanah Runtuh

By 16 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Kejadian tanah runtuh di Jalan E6 di sini semalam dipercayai berpunca longkang tersumbat oleh batu dan tanah telah menyebabkan aliran air melimpah keluar.

Amirudin sedang mendengar taklimat daripada MPAJ mengenai situasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6 yang berlaku semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut mengakui limpahan tersebut bukan hanya berlaku semalam.

“Limpahan tersebut pernah berlaku sebelum ini cuma semalam keadaannya agak luar biasa dengan kuantiti air yang besar.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah keluarkan notis kepada pihak terbabit supaya dapat kemas kini, selenggara tanah dan laluan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau kawasan kejadian dan pusat pemindahan sementara (PPS), di sini hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memandang rendah terhadap setiap aduan diterima terutama membabitkan kawasan berisiko tanah runtuh.

Amirudin sedang menyantuni salah seorang penduduk yang berada di PPS Dewan Orang Ramai JKP Zon 1 hari ini.

“Setiap aduan diambil tindakan dan semakan terhadap langkah susulan yang telah dibuat.

“Kita tidak boleh pandang rendah terhadap sebarang aduan dibuat termasuk melihat sama ada ia terletak dalam kawasan berisiko,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda