Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penduduk Pesisiran Pantai Waspada Fenomena Air Pasang Besar – Amirudin

By 16 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 16 Okt – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan penduduk di pesisiran pantai agar berwaspada apabila dijangka berlaku air pasang besar bermula esok.

Katanya, kerajaan negeri telah mengambil langkah membuka operasi bilik gerakan daerah dan negeri 24 jam bermula hari ini.

“Esok sehingga 20 Oktober merupakan tarikh penting kerana dijangkakan pasang besar dari Klang ke pesisir pantai di Selangor.

“Kerajaan negeri telah arahkan supaya ban yang belum siap dibina sementara dan petang ni akan lihat persediaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Sungai Tua menegaskan agar semua pihak perlu bersiap siaga mendepani fenomena tersebut.

“Pada 18 dan 19 Oktober dijangka tahap air akan sampai paras tertinggi iaiatu 5.8 jadi dari Klang ke sabak Bernam.

“Ada risiko banjir tapi pusat dan negeri telah beroperasi bagi pemantauan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kejadian tanah runtuh di Jalan E6, di sini hari ini.

Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut setinggi 5.8 meter.

-ZS-

Tinggalkan komen anda