
Laporan/foto : Uraidah Zetti Md Arifin/Mahadi Mustafa
DUNGUN, 20 Okt (Malaysiaaktif) ā 40 unit unjam telah dilabuhkan hari ini di perairan Pantai Seberang Pintasan. Lokasi unjam yang dilabuh tidak melebihi 5 batu nautika dari pantai memberi manfaat kepada hampir 100 nelayan tradisional atau nelayan pantai yang menggunakan peralatan tradisional untuk menangkap ikan seperti pukat hanyut, bubu dan mengail.

Ketua jabatan serta agensi yang turut hadir bersama penerima bantuan
Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Rozaidi Mamat mengingatkan agar komuniti nelayan terus komited melibatkan diri dalam menjaga unjam yang dibina dengan sebaik-baiknya dan memastikan unjam sentiasa ditambah untuk menjamin sumber bekalan ikan di kawasan unjam dilabuh.

Mohd Nasir salah seorang penerima bantuan dari Kemaman
Dalam majlis berkenaan juga, penyerahan bantuan peralatan kepada nelayan pantai bagi daerah Dungun dan daerah Kemaman turut diadakan melibatkan 84 orang penerima. Ianya bertujuan meringankan kos pembelian peralatan menangkap ikan dan menyumbang kepada sumber bekalan ikan berterusan di Terengganu. Peralatan yang diberikan adalah Fish Finder, Pukat Tangsi dan Kawat Bubu.
Penerima bantuan dari Kemaman, Mohd Nasir Mohd Nor, 45, berkata bantuan yang diberikan akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi membantu menambah pendapatan dan dapat mengurangkan beban memandangkan kos peralatan di pasaran agak tinggi.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu, Amran Hashim dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun, Nasran bin Abd Halim.
-AA-