Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ Eratkan Hubungan Kerajaan dan Rakyat

By 20 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Bin Salleh (Sabah)

TAWAU, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Bukan sekadar mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, Program ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ berperanan untuk memasarkan dasar dan insiatif kerajaan dengan lebih meluas terutama kepada penduduk di pedalaman.

Sekitar suasana program ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Malaysia (JKOM), Suwadi Guliling, berkata program berkenaan turut menjadi jambatan penghubung untuk kerajaan mendengar sekaligus mencari jalan penyelesaian isu rakyat di peringkat akar umbi.

Intipati program berkenaan juga menyentuh kepada usaha menyebarluaskan maklumat antaranya mengenai inisiatif kerajaan, program bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan peluang latihan kemahiran yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk.

Antara tetamu yang hadir

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat, kerajaan mempunyai pelbagai program yang boleh dimanfaatkan, tetapi ini memerlukan maklum balas daripada masyarakat agar kerajaan dapat menyesuaikan apakah bentuk inisiatif dapat dilaksanakan sesuai dengan keperluan rakyat.

“Kita perlu bergerak bersama dan saling membantu. Saya percaya jika kita bekerjasama, banyak perkara yang boleh kita capai untuk kebaikan semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ di sini, hari ini.

Kunjungan ke Kampung Sungai Imam itu adalah sebahagian daripada objektif utama program berkenaan dengan tujuan untuk berinteraksi dan mendengar saranan daripada pemimpin di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif kerajaan yang bermanfaat kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kampung Sungai Imam, Baharudin Oting, 50, menyifatkan program tersebut sebagai suatu tindakan tepat bagi penduduk menyuarakan pendapat terutama berhubung isu pembangunan.

“Saya sangat menghargai kunjungan ini. Dengan adanya pemimpin seperti Tuan Haji Suwadi, kami merasa suara penduduk dapat didengar.

“Penduduk kampung dapat meluahkan keprihatinan terhadap keadaan fasiliti seperti talian komunikasi yang memerlukan penambahbaikan serta keperluan pusat kegiatan masyarakat untuk menggalakkan aktiviti dan sosialisasi penduduk,” ujarnya.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah JKOM Sabah Milus Alu, Pegawai Daerah Kalabakan, Murad Abd Rashid, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N72 Merotai, Jailani Chachu dan Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis.

-AA-

Tinggalkan komen anda