
Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Nur Shazreena Harith (Seremban)
SEREMBAN, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Latihan simulasi bagi menguji bagi menguji kecekapan dan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi kerajaan di Negeri Sembilan jika berlakunya sebarang isu berkaitan ketenteraman awam dan ancaman krisis keselamatan yang melibatkan 600 orang sebagai peserta, penilai dan pemerhati telah diadakan di Hospital Pakar KPJ Seremban, di sini kelmarin.

Sidang media EX-MINANG 2024.
Latih Amal Field Training Exercise (FTX) EX-MINANG 2024 adalah program kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan bersama Hospital Pakar KPJ Seremban dan tujuh agensi dan jabatan kerajaan di Daerah Seremban iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Penerangan.
Menurut Ketua Risiko Pematuhan dan Intergriti Kumpulan KPJ, ini merupakan tahun ketiga latihan simulasi ini diadakan.
“Latihan pertama telah diadakan pada tahun 2017 dan yang kedua pula diadakan pada tahun 2019 untuk menguji arahan MKN No. 18 dan 21.
“Pada tahun ini pula arahan MKN No. 21 diguna pakai bagi menangani insiden berkaitan ancaman bom dan pelan pemindahan pesakit ke hospital terdekat yang lain,” katanya.
Menurut Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Sembilan Roslin Hisham, signifikan penglibatan tentera pada latihan kali ini merupakan sokongan berbentuk sekunder.

Peserta yang terlibat dalam latihan EX-MINANG 2024.
“Jika berlakunya sebarang ancaman yang tidak dapat dikawal oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka pihak tentera (ATM) akan diarahkan untuk turun membantu dalam misi keselamatan ini,” katanya.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Zamri Othman.
-ZS-