Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Lebih 50 Ketua Keluarga Terjejas Banjir di Seberang Perai Tengah Terima Sumbangan

By 22 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 50 ketua keluarga di beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah yang terjejas kerana dilanda bencana banjir kilat, pokok tumbang dan angin ribut baru-baru ini menerima bantuan dalam satu majlis di A Zone Basketball, Jalan Tenggiri, di sini kelmarin.

Penyerahan sumbangan bantuan bencana kepada peserta program.

Selain bantuan yang disampaikan oleh Pengerusi Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (Seri) Nurul Izzah Anwar, mereka turut menerima sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri serta kotak makanan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Nurul Izzah berharap bantuan ini dapat meringan beban keluarga yang terkesan dan menegaskan komitmen kerajaan untuk terus prihatin terhadap isu-isu kebajkan rakyat.

“Kerajaan tidak akan meminggirkan suara rakyat dan setiap inisiatif dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kehidupan rakyat,” katanya.

Para penerima menerima sumbangan bantuan kotak makanan daripada YADIM.

Turut hadir Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat dan Timbalan Yang Di Pertua YADIM Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin@Che Wan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda