Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Sumbangan Deepavali Meraikan Kebersamaan Dan Kemanusiaan

By 24 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (JASIN)

JASIN, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan perayaan Deepavali lebih bermakna kepada 180 orang di Parlimen Jasin apabila mereka menerima sumbangan di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali yang telah berlangsung di Dewan Lipat Kajang, Jasin pagi tadi.

Penyampaian sumbangan kepada penerima

Menurut Datuk Kalsom Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, sumbangan ini adalah bagi membantu penerima yang memerlukan terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal untuk persediaan menyambut Perayaan Deepavali.

Sesi bergambar bersama penerima sumbangan

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Negeri Melaka serta agensi yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna pada hari ini,” ujarnya.

Sumbangan ini secara tidak langsung dapat menzahirkan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan dalam suasana harmoni dan bermuafakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda