Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RUU ONSA Bakal Dibentang di Parlimen – Fahmi

By 28 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian (ONSA) bakal dibentangkan dalam masa terdekat.

Katanya, RUU berkenaan akan memastikan kandungan media sosial seperti Facebook atau TikTok mengikut garis panduan ditetapkan.

“Platform-platform ini mempunyai tanggungjawab untuk pastikan kandungan-kandungan yang melanggar undang-undang dalam negara kita tidak mempunyai tempat.

“Bila ONSA berkuatkuasa ada sejumlah penalti yang boleh dikenakan dan boleh dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada dua orang bekas petugas media di Sri Batu Caves dan Kampung Laksamana, di sini hari ini.

(Tiga dari kiri) Batemaly menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA daripada Fahmi Fadzil.

Mereka adalah R Saraspathy, 56, pernah bertugas selama 21 tahun di Tamil Malar dan S Batemaly, 75, pernah berkhidmat di Tamil Nesan selama 46 tahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda