
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 30 Okt (Malaysiaaltif) – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan operasi bersepadu penguatkuasaan Akta 852 bagi mengurangkan kesan buruk amalan merokok termasuk aktiviti pemasaran serta promosi tidak beretika yang menyasarkan golongan kanak-kanak dan remaja.

Sesi advokasi penerangan juga diadakan di beberapa kedai rokok elektronik.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr. Ghazali Chik, operasi bersama Majlis Perbadanan Kangar, Lembaga Kenaf Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah salah satu sesi advokasi yang dijalankan oleh pihaknya sejak awal Oktober lalu.
“Tujuan utama ia dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyakat dan pemilik kedai, premis makanan ataupun premis yang menjual produk rokok tradisional dan rokok elektronik.
“Sehingga hujung Oktober, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah melaksanakan 37 operasi dan sebanyak 1,057 telah dilawati dan diberi penguatkuasaan pendidikan mengenai akta ini di negeri Perlis,” jelasnya semalam.

Dr. Ghazali mengadakan sesi advokasi penerangan Akta 852 bersama anggota penguatkuasaan di beberapa premis di negeri Perlis.
Tambahnya lagi, pendekatan pihak Jabatan Kesihatan mengenai Akta 852 pada waktu ini adalah dalam bentuk advokasi (penguatkuasaan pendidikan) dalam masa enam bulan dan selepas itu akan diteruskan dengan fasa penguatkuasaan penuh berserta kompaun mulai 1 April 2025 nanti.
-ZS-