
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)
TAIPING, 17 Nov (Malaysiaktif) – Program Skills For Life@Parlimen menjadi inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyediakan latihan asas secara percuma kepada anak muda bagi memantapkan kemahiran dalam kehidupan demi kelangsungan hidup dan peluang menjana pendapatan pada masa akan datang.

Syahirah ketika berucap.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang Syahirah Kunji Mohammed, berkata program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah LMS dan Gerakan Belia 4B Taiping.
“Kami turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) sebagai penceramah khas bagi topik ini yang saya kira kemahiran ini sememangnya menjadi kemahiran utama; terlatih dan berpengalaman bagi warga kerja di jabatan tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.
Seramai 22 pelajar terpilih menyertai kursus ini dan kebanyakannya merupakan pemimpin pelajar yang sering diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan untuk mengacarakan majlis di peringkat sekolah.

Sesi kerja berkumpulan antara pengisian kursus.
Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan (Pembangunan Bakat) Daerah LMS Osman Ibrahim.
Hadir sama Pegawai Khas Ahli Parlimen Taiping Abdul Hadi Sharudin dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Larut Matang Mohd Syazwan Zaiharin.
-ZS-