Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Inisiatif PSA Kumpul Pakaian Terpakai Untuk Mangsa Banjir

By 18 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SHAH ALAM, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Hampir 800 kilogram pakaian terpakai berjaya dikumpul menerusi Program Pengumpulan Pakaian Terpakai anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), di sini.

Dua pelajar PSA mengangkat sebahagian daripada pakaian yang disumbangkan ke dalam lori untuk dibawa ke pusat pengumpulan

Pengarah PSA Zainah Rujihan, berkata inisiatif tersebut merupakan satu usaha murni yang dijalankan bersama antara SmartGreen, EKSA dan Puspanita PSA bersama Pelitawanis TNB.

“Ia bertujuan memupuk kesedaran tentang pentingnya amalan kitar semula serta menyokong inisiatif kelestarian alam.

“Semua pakaian yang dikumpulkan sepanjang seminggu kempen berlangsung akan dihantar ke kilang yang menguruskan pakaian terpakai sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis yang diadakan di Anjung Bestari PSA, di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap tahun industri fesyen menghasilkan berjuta-juta tan pakaian namun sebahagian besar daripadanya berakhir di tempat pelupusan sampah.

“Tindakan ini bukan sahaja suatu pembaziran malah memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar,” jelasnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda