Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sesi Taklimat Keselamatan Buka Mata Komuniti Tentang Ancaman Semasa

By 21 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md Suhaimi

GEORGE TOWN, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Sesi perkongsian melalui Program Berasaskan Komuniti anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang berjaya membuka mata masyarakat tentang pentingnya keprihatinan terhadap isu keselamatan yang kian kompleks di sekeliling mereka.

Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Bakhtiar Effendy menyampaikan taklimat isu keselamatan.

Program yang berlangsung di Dewan Seri Pinang, di sini semalam disertai lebih 200 peserta yang terdiri daripada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan wakil komuniti Daerah Timur Laut serta Barat Daya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kedah Bakhtiar Effendy Khalid, pentingnya tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan negara.

“Amalkan prinsip 5P iaitu Predict (meramal), Prevent (mencegah), Prepare (bersedia), Perform (bertindak) dan Post-Action (pasca tindakan),” katanya.

Peserta program, Abdul Latip Ahmad, 51, dari Komuniti Gertak Sanggul melahirkan rasa puas hati terhadap inisiatif program ini.

Peserta mengambil peluang untuk berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada penceramah.

“Banyak yang saya pelajari hari ini, terutamanya bagaimana kita sebagai komuniti boleh membantu mencegah jenayah dengan lebih proaktif,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif selepas majlis.

Program ini turut memberikan impak positif kepada masyarakat dalam meningkatkan kefahaman tentang langkah pencegahan awal dan peranan komuniti sebagai barisan hadapan di kawasan masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda