Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraSelangor

NADI Kampung Sungai Kayu Ara Kini Beroperasi

By 22 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hizami Hanip (Petaling)/NADI Kampung Sungai Kayu Ara 

BANDAR UTAMA, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Kayu Ara telah pun beroperasi di Dewan Balai Kampung Sungai Kayu Ara bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali cuti umum.

Perkhidmatan penggunaan komputer riba dengan kadar serendah RM1.00 sejam untuk ahli NADI yang berdaftar.

Menurut Pengurus NADI Kampung Sungai Kayu Ara Ayuni Hamzah, pusat ini menawarkan keahlian seumur hidup pada kadar hanya RM5 dan pengguna dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan dengan harga yang berpatutan.

“Ahli NADI juga berpeluang menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan di sini seperti latihan pengaturcaraan, taklimat keusahawanan, kesedaran e-sukan serta saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran.

“NADI juga komited untuk memberi pendedahan teknologi kepada komuniti, antaranya menyediakan perkhidmatan akses internet berkelajuan tinggi dengan kadar hanya RM1 sejam,” jelasnya.

Perkhidmatan yang disediakan NADI Kampung Sungai Kayu Ara.

Beroperasi sejak awal Oktober lalu, NADI Kampung Sungai Kayu Ara mampu menampung sehingga 50 orang pengunjung pada satu-satu masa serta mengalu-alukan kunjungan orang ramai untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda