Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPulau Pinang

Lebih 160 Penderma Sertai Program Derma Darah MAKSAK

By 28 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid

GEORGE TOWN, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 160 individu pelbagai latar belakang tampil dengan semangat keprihatinan tinggi untuk menderma darah yang berlangsung di Konkos, Tingkat 3 Bangunan KOMTAR, di sini semalam.

Program ini merupakan inisiatif Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dengan kerjasama Tabung Darah Pulau Pinang.

Sesi pendaftaran penderma darah.

Seorang penderma darah tetap Mohd Faizurilzuan Pahmin, 42, berkata menderma darah merupakan antara satu bentuk amal yang paling mudah.

“Setiap kali saya menderma darah, saya merasakan satu kepuasan kerana tahu darah saya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang,” kata beliau yang telah menderma darah sebanyak 25 kali, ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Para petugas kesihatan membuat persiapan untuk penderma seterusnya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Unit Transfusi Hospital Pulau Pinang Mohd Faiz Mansur, 37 , setiap unit darah yang didermakan mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa dan memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan transfusi darah, terutamanya pesakit kritikal, penghidap talasemia dan mangsa kemalangan.

Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, program ini diharap dapat mengukuhkan semangat kemanusiaan dan menyemai nilai kasih sayang sesama insan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda