Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

14,111 Mangsa Terjejas Banjir di Terengganu Ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara

By 28 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad/Jabatan Penerangan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Keadaan banjir di Terengganu semakin memburuk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat.

Air banjir melimpahi jalan utama menyukarkan pergerakan penduduk yang terjejas.

Setakat pukul 4.00 petang ini, seramai 14,111 mangsa telah dipindahkan ke PPS di tujuh daerah terlibat.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 190 PPS telah disediakan bagi menampung mangsa di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus.

“Daerah Besut mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,067 orang, diikuti oleh Setiu dengan 3,514 mangsa, Hulu Terengganu (3,351), Kemaman (1,407), Dungun (446), Marang (296), dan Kuala Nerus dengan 21 orang mangsa,” katanya.

Salah seorang penduduk terjejas banjir meninggalkan kediamannya untuk berpindah ke PPS berhampiran.

Tinjauan di Hulu Terengganu mendapati beberapa kawasan pedalaman masih dilanda banjir dengan kebanyakan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS dengan bantuan pasukan keselamatan.

Pihak berkuasa terus berusaha memastikan keselamatan mangsa dan menyalurkan bantuan yang diperlukan. Keadaan ini menunjukkan pentingnya kesediaan dan kerjasama antara masyarakat serta agensi keselamatan dalam menangani bencana ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda