Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Gerai Bahulu Panas Hajah Siah Destinasi Popular Pencinta Kuih Warisan Tradisional Limbang

By 29 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurain Abdullah (Sarawak)

LIMBANG, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Gerai Bahulu Panas Hajah Siah yang beroperasi sejak 2008 kini menjadi destinasi popular bagi pencinta kuih tradisional.

Terletak di tepi jalan Kampung Sayung, di sini gerai ini menawarkan bahulu panas yang dihasilkan mengikut resepi tradisional keluarga.

Khamis Jamal.

Bahulu ini digelar sebagai bahulu panas kerana bahulu ini terus dijual setelah keluar dari ketuhar yang masih lagi panas.

“Permintaan sangat tinggi, bukan hanya daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung yang datang dari negara jiran Brunei,” kata Khamis Jamal, 72, seorang pesara kerajaan yang mengusahakan perniagaan ini bersama keluarga, semalam.

Tambahnya, pada setiap hari, mereka menyediakan sehingga 100 kilogram adunan bahulu bagi memenuhi kehendak pelanggan, termasuk tempahan untuk majlis dan kenduri.

Proses membakar bahulu oleh menantu Haji Khamis.

Selain bahulu, gerai ini turut menjual pelbagai kuih tradisional seperti kerepek, kuih sepit dan lain-lain kuih kering menjadikannya pilihan utama bagi yang mencari makanan warisan.

“Saya berharap agar perniagaan ini dapat diteruskan, memastikan kuih bahulu terus dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda