Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Larian Batu Kurau Madani 2024 Meriah

By 3 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)/Facebook Larian Batu Kurau Madani 2024

BATU KURAU, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Larian Batu Kurau Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Relang, di sini kelmarin berjaya mengumpul kira-kira 1,000 penyertaan dengan pelbagai kategori.

Larian Batu Kurau Madani 2024 kategori ‘Fun Run’ turut disertai seisi keluarga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairuddin Abu Hanipah, program ini merupakan acara tahunan anjuran Kelab Pembangunan Sukan dan Rekreasi Batu Kurau.

“Ia merupakan satu acara larian yang ditunggu-tunggu bukan sahaja penduduk Batu Kurau malah masyarakat luar kawasan ini.

“Tahniah kepada mereka yang telah berjaya menamatkan larian mengikut kategori masing-masing dan diharap acara ini dapat diteruskan bagi mengisi jadual acara daerah Selama dan memberi peluang masyarakat di sini menyertai program sama seperti di bandar,” katanya ketika berucap.

Antara pemenang Larian Batu Kurau Madani 2024.

Tambah beliau, acara yang disambut baik peminat sukan larian di Malaysia khususnya di daerah Selama ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi setempat seterusnya mempromosi lokasi-lokasi menarik di Batu Kurau, bersempena Tahun Melawat Perak 2025.

Turut hadir Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohd Nasrul Menhat, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Nasir Ismail dan Pengarah Program Larian Batu Kurau Madani 2024 Aiman Aizuddin Md Husin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda