Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Misi Kemanusiaan Bantu Mangsa Banjir di Dungun

By 4 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Uraidah Zetti Md Arifin/ Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama-sama Pejabat Penerangan Daerah Dungun dan badan bukan kerajaan (NGO) telah melaksanakan misi kemanusiaan dengan menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini, di sini kelmarin.

Pasukan kesihatan memberi rawatan kepada mangsa terjejas banjir

Bekalan seperti roti dan ikan segar serta sabun turut diagihkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk PPS UiTM Dungun, PPS Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, PPS Pasir Raja, PPS Kampung Syukur, PPS Lentang, PPS Padang Pulut dan PPS Serdang.

Rahmawati Ismail, Pengerusi Persatuan Kontraktor Wanita Negeri Terengganu ketika ditemu bual Malaysiaaktif

Menurut Pengerusi Persatuan Kontraktor Wanita Negeri Terengganu Rahmawati Ismail, bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak NGO untuk meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Bantuan seperti ini amat penting dalam memastikan keperluan asas mangsa banjir dapat dipenuhi,” katanya.

Salah seorang penghuni PPS Padang Pulut dikenali sebagai Mek Nab, meluahkan rasa syukur atas keprihatinan NGO dan agensi kerajaan.

“Saya berterima kasih kerana bantuan yang dihulurkan sangat membantu kami yang terjejas akibat banjir ini,” ujarnya.

Beliau juga memuji usaha pasukan kesihatan yang sentiasa membuat lawatan harian ke PPS untuk memberikan rawatan perubatan kepada mangsa banjir.

“Kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan,” tambahnya lagi.

Misi ini mencerminkan semangat solidariti dan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan masyarakat dalam menghadapi cabaran musibah banjir.

-AA-

Tinggalkan komen anda