Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pusat Pembelajaran Kitar Semula Buka Minda Masyarakat Cintai Alam

By 4 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Hafiz Abdullah (Muallim)

TANJONG MALIM, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barang Kitar Semula Taman Bandar, di sini menjadi lokasi sehenti bagi pengumpulan barangan terpakai dan pusat pembelajaran komuniti berkaitan kepentingan kitar semula.

Delegasi Universitas Negeri Semarang Indonesia (UNNES) ketika melawat Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barang Kitar Semula Taman Bandar.

Menurut pengurusnya Habibah Yaakob, 61, pusat kitar semula ini berkonsepkan pembelajaran yang mana pengunjung yang hadir akan diberi penerangan berkaitan pengasingan barangan terpakai.

“Selain itu, penyerahan barangan terpakai juga boleh dilakukan secara pandu lalu dengan tong-tong kitar semula diletakkan di hadapan pintu masuk pusat ini dan beroperasi 24 jam bagi kemudahan pengunjung,” ujarnya ketika ditemu bual, di sini semalam.

Pusat kitar semula yang dibangunkan di tapak seliaan Majlis Daerah Tanjong Malim pada April 2023 ini mendapat maklum balas positif daripada penduduk setempat serta menjadi rujukan pusat pendidikan seperti sekolah dan pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Penyerahan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir Kampung Chinggong. (Foto: Habibah Yaakob)

Pada Oktober lalu, Pusat Pembelajaran dan Pengasingan Barang Kitar Semula, Taman Bandar menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Geografi, Fakultas Ilmu Sosial, Universitas Negeri Semarang Indonesia (UNNES) sebagai rangka kerja bagi rujukan penyelidikan ‘Inovasi Pengolahan Sampah Berkelanjutan di Kota Semarang Jawa Tengah’.

Selain pembelajaran mengenai kitar semula, pusat ini turut menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir dan bantuan kelengkapan persekolahan kepada golongan memerlukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda