Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Terbuka Bomba Zon Gombak/Hulu Selangor Meriah

By 15 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Tema klasik tradisional menjadi pilihan pada Hari Terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor Zon 6 (Gombak/Hulu Selangor) yang diadakan di Balai Bomba Rawang, di sini semalam.

Ahmadi dan Wan Md Razali bergambar bersama kakitangan Zon 6.

Menurut Ketua Zon 6 JBPM Negeri Selangor Penguasa Kanan Bomba II Ahmadi Muhamad Hasan, tema tersebut dipilih untuk mengembalikan nostalgia zaman dahulu serta memberi kelainan sempena Hari Terbuka dan Ramah Mesra Zon 6.

“Di samping meningkatkan kesedaran mengenai fungsi JBPM, program ini juga ingin memupuk hubungan baik dengan komuniti dan rakan strategik,” jelasnya.

Antara pengisian program seperti sukaneka, cabutan bertuah, pertandingan menganyam ketupat, pakaian beragam dan pengantin klasik serta gerai-gerai makanan.

Pelbagai menu disediakan dari kuih cekodok, air halia telur puyuh, roti bakar, ubi kayu rebus dan air kelapa muda membuatkan ramai yang hadir teruja untuk merasai keenakannya sambil mengamit nostalgia zaman dahulu.

Pengarah JBPM Negeri Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Wan Md Razali Wan Ismail telah hadir dan menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan.

Pertandingan menganyam ketupat turut mendapat perhatian pengunjung.

Sementara itu seorang pengunjung, Yusri Iqmal Zailer, 19, berkata pendekatan JBPM mengadakan program seumpama itu sangat baik dan perlu dicontohi.

“Ia dapat mendekatkan bomba dengan masyarakat selain banyak maklumat yang diperoleh.

“Tema yang dipilih juga membolehkan kami generasi muda merasai suasana, pakaian dan makanan walaupun tidak berada di zaman itu, sekadar mendengar cerita atau saksikan di televisyen,” kata pelajar kolej berasal dari Sabah itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda