Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sukan Komuniti Luar Bandar Rai Masyarakat Orang Asli

By 16 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasbella Hasim (Perak Tengah)

PARIT, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah meraikan masyarakat kampung Orang Asli Sungai Perah, di sini kelmarin menerusi Program Sukan Komuniti Luar Bandar seiring hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Peserta menunjukkan bakat dalam pertandingan menyumpit.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Ahmad Shafiq Ahmad Zakari, berkata program tersebut dapat memberikan impak kepada komuniti termasuklah dalam aspek kesihatan, pembangunan sosial dan banyak lagi terutamanya belia di luar bandar.

“Pelbagai acara telah diatur melibatkan setiap peringkat umur termasuk pertandingan mewarna, senamrobik, sukan rakyat dan pertandingan karaoke dengan penyertaan adalah terbuka kepada seluruh masyarakat Orang Asli di Perak Tengah yang keseluruhannya merupakan suku Semai,” katanya.

Bagi peserta, Hasfifi Hasim, 35, dia datang bersama keluarga dan menyertai acara yang ada bukan untuk menang tetapi ingin memeriahkan suasana di samping mengeratkan ukhuwah sesama rakan.

“Inilah masanya dapat bertemu dan berborak bersama mereka memandangkan masing-masing sibuk bekerja serta tinggal di luar kawasan,” katanya ceria selepas memenangi acara yang dipertandingkan.

Khairudin yang hadir merasmikan program turut mencuba aktiviti yang diadakan.

Sementara itu, peserta cilik Avina Adela Deally Zuvinto, 5, meluahkan rasa gembira selepas menjadi johan pertandingan mewarna kategori 4 hingga 6 tahun seterusnya membawa pulang hadiah serta wang tunai.

Hadir merasmikan program Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja Khairudin Abu Hanipah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda