
Laporan/foto: T.Punithen/Shahrul Azril Sulaiman (Kuala Kangsar)
KUALA KANGSAR, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Program Bertandang Sejenak di Bekor di Kampung Bekor, Manong, di sini semalam berjaya menghimpunkan sebilangan besar penulis tanah air.

Rafidah ketika berucap merasmikan majlis.
Program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama Komuniti Bekor ini berjaya menyingkap kembali semangat juang penduduk Bekor hampir 80 tahun yang silam dengan pelbagai pengisian termasuk peluncuran buku-buku Bekor, deklamasi puisi Bekor, pengisahan Perang Bekor dan sketsa pahlawan perang Bekor.
Menurut Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) Rafidah Abdul Aziz, Bekor menyimpan pelbagai khazanah sejarah bangsa malah tersohor dengan Perang Bekor yang dijadikan pelantar atau wahana sastera dalam menghasilkan variasi genre sastera termasuk sajak, cerpen, anekdot mahupun drama teater.

Dr. Zabidin Ismail turut berucap.
“PPANPk amat menyanjung tinggi usaha Karyawan Perak menerbitkan buku-buku mengenai Bekor malah kemunculan naskhah ini turut menambah Koleksi Khazanah Negeri Perak yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.
Program ini turut berjaya merapatkan jurang minat orang ramai terhadap aktiviti membaca buku khususnya yang berkonsepkan sastera dan sejarah.
Hadir sama Presiden Persatuan Karyawan Perak Dr Zabidin Ismail.
-ZS-