Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pemilikan Tanah di Gerik, Tanda Keprihatinan Kerajaan Negeri

By 16 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui pemilikan tanah apabila seramai 160 orang menerima Geran Hakmilik dan Notis 5A.

Saarani menyampaikan geran kepada salah seorang penerima.

Majlis yang disempurnakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Persidangan Gerik, kelmarin itu menyaksikan penyerahan hak milik kepada penerima dari pelbagai kawasan di Mukim Gerik dan Mukim Kenering bagi tujuan kediaman dan pertanian.

Saarani dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penerima dan mengingatkan agar tidak menjual tanah mereka.

“Selain itu, jangan lupa untuk membayar cukai tanah selama dua tahun berturut-turut supaya hak tanah tersebut tidak ditarik semula oleh kerajaan,” ujarnya.

Antara penyerahan yang dilakukan bagi tujuan bangunan (kediaman) termasuklah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Jagor, Mukim Gerik (20 penerima); RPT Ganda Tambahan, Mukim Kenering (21 penerima); RPT Air Jada Tambahan, Mukim Kenering (14 penerima); dan RPT Jalan Ulu Lawin, Mukim Kenering (24 penerima) sementara RPT Kampung Malau, Mukim Kenering (10 penerima) bagi tujuan pertanian (getah).

Antara penerima yang hadir.

Selain itu, sebanyak 71 penerima dari RPT Merah, Mukim Kenering turut menerima Notis 5A, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 160 orang.

Majlis ini merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan Negeri Perak dalam memastikan setiap rakyat yang layak diberi peluang untuk memiliki tanah secara sah, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda