
Laporan/foto: Hamidah Abd Hamid/Muhammad Fazlan Shah Muszapar Shah
KUALA PILAH, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang pelajar dan guru memenuhi dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Pilah bersempena dengan Program Pengurusan Sahsiah dan Kesihatan Diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut dengan kerjasama Komuniti MADANI Gugusan Pilah, semalam.

S.Yogalingam menyampaikan ucapan aluan.
Guru Besar SJKT Kuala Pilah S.Yogalingam menegaskan penekanan Rukun Malaysia Madani dalam aspek Kesihatan Diri dan Mental perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh semua pihak.
“Kesihatan rakyat adalah aset utama negara, dan hanya melalui rakyat yang sihat, Malaysia dapat berkembang sebagai sebuah negara yang progresif, sejahtera, harmoni dan berdaya tahan,” ujarnya.
Bagi wakil Komuniti MADANI Gugusan Pilah Mustaffa Singah, beliau berharap dengan adanya program sebegini, dapatlah diwujudkan hubungan dan persefahaman yang baik antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah Hamidah Abd Hamid.
“Dengan menitikberatkan kesejahteraan rakyat melalui akses kepada pendidikan kesihatan, sokongan komuniti dan perkhidmatan kesihatan yang adil serta berkualiti, Malaysia Madani mampu melahirkan individu yang sihat dari segi fizikal, mental, dan emosi,” ujarnya.
Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan yang bermakna kepada pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan mental.
-ZS-