
Laporan/foto: Hasnida/Syafik
SEREMBAN, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Projek Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan serantau pada masa akan datang untuk mencapai negara maju.

Aminuddin (tengah) merasmikan Majlis Pecah Tanah MVV City bersama Pengerusi Matrix Concepts Holding Berhad Datuk Haji Mohamad Haslah Mohamad Amin (tiga dari kiri).
“Lokasi strategik MVV 2.0 bakal mewujudkan system rangkaian infrastruktur yang pintar, selamat dan mampan, yang mana ia berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk KLIA dan berpotensi bagi laluan pengangkutan moden seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) MVV 2.0 disasarkan menjadi metropolis bertaraf dunia,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin, berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah MVV City 2.0, di sini kelmarin.
Projek tersebut merupakan pembangunan kawasan perbandaran yang pertama di dalam Konurbasi MVV 2.0 (MVV 2.0) dalam mentranformasikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang strategik untuk menarik minat para pelabur antarabangsa dan tempatan.
Menurutnya lagi , MVV 2.0 adalah projek katalis yang signifikan kepada Negeri Sembilan, bertepatan dengan usaha dan perancangan kerajaan negeri yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Aminuddin bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan dan tetamu yang hadir.
“Kerjasama strategik awam dan swasta antara Perbadanan NS dan Matrix Concepts Holdings Berhad ini terbukti berkesan sebagai pemangkin kepada pembagunan negara dan pelaksanaanya memberi impak dan manfaat kepada rakyat dan kerajaan.
“Dengan keluasan 2,382 ekar, MVV City dijangka menjadi sebuah kawasan pembagunan katalis dengan integrasi teknologi pintar, amalam mampan dan reka bentuk berteraskan komuniti,” katanya.
-ZS-