Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Advokasi Perkasa Komuniti KOA Sungai Tonggang

By 20 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfatihah Abd Jamin/Khairul Nazrie Mat Nayan (Kinta)

IPOH, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Kempen advokasi anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Tonggang, Hulu Kinta, di sini semalam merupakan usaha kerajaan dalam memperkasa komuniti Orang Asli memanfaatkan Internet dengan lebih selamat.

Fahmi ketika berucap merasmikan program.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, bagi mengelak daripada menjadi mangsa scammer (penipu) dan penipuan dalam talian MCMC perlu bertindak proaktif dengan mengadakan sesi taklimat serta penerangan kepada komuniti mengenai cara scam (tipuan) terkini.

“Program From Roots to Routes ini diadakan dengan harapan rakyat peroleh manfaat Internet bagi keperluan meningkatkan kualiti kehidupan serta membantu menjana pendapatan.

“Saya harap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat dinikmati oleh rakyat termasuk di KOA Sungai Tonggang,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Peluncuran Program Advokasi bertemakan From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang.

Penyerahan beg sekolah kepada lebih 20 orang pelajar sekolah di KOA Sungai Tonggang.

Tambah Fahmi, Kampung Sungai Tonggang telah dipilih sebagai lokasi pertama projek rintis yang akan berlangsung selama tiga bulan meliputi program kesedaran, keselamatan digital untuk pelajar berumur tujuh hingga 17 tahun dengan enam sesi pembelajaran di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang berdekatan.

“Tiga sesi taklimat juga disediakan untuk ibu bapa dan guru yang turut ditambah dengan beberapa program bersama pempengaruh supaya dapat dimanfaatkan dengan lebih baik”, katanya.

Beliau turut meluangkan masa meninjau tapak menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) KOA Sungai Tonggang yang telah beroperasi sejak Oktober lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda