Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

SHMMP Krismas 2024 Libat 14 Jenis Barang

By 21 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina binti Abd Samad/PPD KB

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Menjelang Sambutan Perayaan Krismas 2024 pada 25 Disember ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 berkuatkuasa dari 23 hingga 27 Disember 2024.

Armizan ketika merasmikan SHMMP 2024 di UTC, Sentul.

Tempoh pelaksanaan adalah selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sebanyak 14 jenis barangan yang akan dikawal bagi perayaan Krismas pada tahun ini.

“Barang yang terlibat adalah barangan keperluan utama semasa Krismas iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup melibatkan Sarawak sahaja, kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah dan tomato.

“Selain itu melibatkan cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup di peringkat ladang sahaja, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman SHMMP Sempena Krismas dan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di UTC Sentul, Bandar Baru Sentul, di sini semalam.

Pada masjlis tersebut seramai 50 orang penduduk di kawasan Parlimen Batu menerima sumbangan Bakul Rahmah.

Lactheemy Lingam, 60, dari Menara Orkid, berkata Kerajaan Madani sangat baik dan beliau bersyukur kerana dipilih antara penerima bantuan.

Nilawati antara penerima Bakul Rahmah.

“Saya berharap kerajaan sentiasa meneruskan usaha murni ini untuk membantu rakyat yang memerlukan,” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan Nilawati Muniandy, 64, dari Bandar Baru, sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan yang diterima sangat membantunya sekeluarga untuk menyambut Krismas.

Harga maksimum yang telah ditetapkan oleh SHMMP Krismas 2024 diperingkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web KPDN www.kpdn.gov.my.

-ZS-

Tinggalkan komen anda