Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ Bersatu Membanteras Jenayah

By 23 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Mariawaty Mohd Din (Rembau)

REMBAU, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Penglibatan ahli komuniti KRT dan SRS sangat penting dalam usaha memerangi dan mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan.

Ibrahim menerima pelekat Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, usaha memperkasa kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mewujudkan kejiranan yang selamat dan kondusif memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat.

“Dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan, malah memberikan isyarat kepada pihak tidak bertanggungjawab bahawa komuniti kita bersatu padu dan sentiasa berwaspada melalui kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’.

“Bertepatan dengan amalan berganding bahu menjadikan negeri kita sebagai contoh terbaik dalam usaha melahirkan komuniti yang selamat dan harmoni.

Tengku Zamrah, berkata demikian ketika merasmikan Program Pengukuhan Keselamatan dan Ketahanan Komuniti: Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela dan Kempen ‘1 Keluarga 1 Anggota SRS’ Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 di Kompleks Rakan Muda Jempol, di sini kelmarin.

Tengku Zamrah bergambar bersama penerima pelekat kempen bersama Pengarah JPNIN Ngeri Sembilan.

Menurut seorang peserta mewakili KRT Daerah Rembau Ibrahim Md Jadi, 63,  yang hadir di program anjuran Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan itu kempen yang dilaksanakan amat baik kerana menunjukkan komitmen masyarakat dan penduduk.

“Walaupun penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan semasa ini masih rendah, namun usaha berterusan melalui pemerkasaan SRS melalui program-program anjuran Jabatan Perpaduan dan kerjasama agensi keselamatan diharap mampu menarik minat lebih ramai anggota keluarga dalam kalangan masyarakat menyertai SRS pada masa depan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda