Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Festival Warisan Sabah 2024 Promosi Kepelbagaian Budaya

By 23 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Festival Warisan Sabah 2024 berjaya memperlihatkan semangat perpaduan dengan aktiviti tarian kebudayaan dan pementasan cerita rakyat seperti Lagenda Huminodun, mempromosikan kepelbagaian budaya Sabah serta menyatukan komuniti pelbagai latar belakang.

Pukulan gong sebagai gimik perasmian.

Festival yang diadakan pada 21 dan 22 Disember itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Ahmad di Muzium Negara, di sini kelmarin.

“Festival ini bukan hanya untuk mempromosikan kebudayaan Sabah sahaja, tetapi juga untuk melestarikan seni dan tradisi yang penting bagi generasi akan datang,” katanya.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk merasai kepelbagaian budaya Sabah dalam suasana meriah di ibu negara dan menyaksikan persembahan tarian Sumazau, tarian Magunatip, demonstrasi tenunan kaum Rungus, anyaman rotan dan ukiran kayu.

Hasnol bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Pengunjung juga berpeluang mencuba makanan tradisional Sabah dan menyaksikan pertandingan membungkus kelupis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda