
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM, 1 Jan (Malaysiaaktif) – Selangor mencatat pencapaian luar biasa apabila kutipan hasil negeri tertinggi dalam sejarah berjumlah RM2.858 bilion pada tahun 2024.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pencapaian tersebut membuktikan Selangor terus maju dengan cemerlang.
“Ayuh kita terus membangun negeri yang lebih makmur, inklusif, dan berdaya saing,” katanya sempena ucapan tahun baharu yang dimuat naik di platform facebook hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mengajak semua lapisan rakyat memulakan tahun 2025 dengan tekad lebih kuat.
“Mari kita mulakan tahun ini dengan semangat yang lebih jitu dan tekad yang lebih kuat, menjadikan 2025 lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Tahun 2025 akan mencatat momen penting seperti Kepengerusian ASEAN dan Tahun Melawat Selangor menuntut kita untuk lebih kuat bekerja demi rakyat Selangor. Terus maju bersama mencapai masa depan yang lebih gemilang!,” tegasnya.
-ZS-