
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin
SUNGAI ACHEH, 1 Jan (Malaysiaktif) ā Malam Ambang Tahun Baharu 2025 disambut meriah semalam di Kuala Haji Ibrahim Sungai Udang dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol.

Rashidi ketika menyampaikan ucapan.
Menurut beliau, program ini bertujuan mempromosikan Kuala Haji Ibrahim sebagai destinasi ekopelancongan dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.
“Usaha membangunkan kawasan DUN Sungai Acheh adalah keutamaan saya sejak dilantik lebih dua tahun lalu.
“Sokongan rakyat akan terus dibalas dengan kerja keras dan perubahan positif,” ujarnya.

Antara peserta pertandingan e-sukan.
Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan e-sukan, jualan produk tempatan, cabutan bertuah, dan pertunjukan bunga api menyerikan lagi suasana malam sekali gus mencipta kenangan manis buat warga Sungai Acheh.
-ZS-