Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih 50 Ribu Penganut Ayyappanswamy Manfaat Laluan Khas KLIA

By 4 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 4 Jan (Malaysiaaktif) – Pegawai Khas Masyarakat India Menteri Besar Selangor, Gunaraj George bersyukur kerjasama yang erat daripada semua pihak, perjalanan ziarah penganut Dewa Ayyapansamy tahun ini berjalan dengan lancar dan aman.

Jemaah Penganut Ayypanswamy sedang berurusan di kaunter khas yang telah disediakan di KLIA sebelum berlepas ke India.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa menyifatkan fasiliti dan kemudahan imigrasi serta bantuan daripada syarikat penerbangan sangat membantu jemaah menjalankan ibadah dengan khusyuk.

‘Saya sangat mengapresiasi komitmen kerajaan di dalam mendukung kegiatan keagamaan dan budaya masyarakat.

“Dukungan ini tidak hanya memudahkan perjalanan jemaah penganut Ayyappanswamy, tetapi juga menunjukkan keprihatinan kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan semua lapisan masyarakat, khususnya masyarakat India,” katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, ketekunan dan keprihatinan yang ditunjukkan semua pihak yang terlibat amat memberangsangkan.

“Saya telah mengutarakan keperluan ini pada 26 Disember lalu dan dalam masa empat hari segala urusan penerbangan serta kemudahan logistik telah dipersiapkan untuk para jemaah ini,” ujarnya.

Gunaraj George bersama dengan jemaah penganut Ayyapanswamy di KLIA pagi tadi sebelum berlepas ke India.

Gunaraj juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan semua pihak yang terlibat.

“Inisiatif yang telah diberikan untuk menyediakan laluan serta kaunter khas kepada 50 ribu jemaah penganut Ayyappanswamy ke Sabri Malai, India bermula hari ini (Jumaat),” katanya.

Tinggalkan komen anda