
Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian Denai Parit Besar, semalam dibawah kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) telah mewujudkan satu lagi produk pelancongan berbentuk kesihatan dan rekreasi selain dapat meningkatkan lagi sosio ekonomi penduduk tempatan.

Ucapan perasmian oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri
Menurut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Rais Yasin, berkata pembangunan denai ini dapat dimanfaatkan orang ramai dan pelancong untuk beriadah disamping melibatkan diri didalam aktiviti lasak yang disediakan di sepanjang denai ini.

Berkayak salah satu aktiviti yang menjadi tarikan
”Kerajaan negeri melalui JPS melihat potensi kawasan ini yang boleh dimanfaatkan dengan membangunkan pusat rekreasi yang boleh dinikmati penduduk tempatan, pelancong serta para pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL),” katanya.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk digunakan oleh para pelajar, orang ramai dan pelancong seperti trek larian, pusat sukan air dan kafe di sepanjang denai berkenaan.
Turut hadir Timbalan Exco Kanan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Zulkiflee Md Zin, ADUN Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah dan Pengarah JPS negeri, Ir. Ts. Dr. Muhammad Khairudin Khalil.
-AA-