Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Berkeperluan Khas Terima Manfaat Program Sekolah Angkat KPJ Penang

By 12 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Haji Zanizal Zamani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), KPJ Penang Specialist Hospital semalam, melancarkan Program Sekolah Angkat dengan memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bumbong Lima sebagai sekolah angkat pertama mereka.

Ucapan aluan oleh Ybhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail Bakar

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada pelajar berkeperluan khas dengan menyediakan bantuan dalam bentuk kemudahan perubatan dan alat sokongan.

Perdana Menteri diberi penerangan oleh kakitangan KPJ Penang Specialist berkenaan alatan yang terdapat di fasiliti tersebut

Melalui program ini, KPJ Penang menaja alat bantuan pendengaran untuk para pelajar, memberikan perkhidmatan saringan pendengaran percuma dan menyediakan penyelenggaraan tahunan untuk peranti pendengaran bagi memastikan kebajikan komuniti kurang upaya di sekolah tersebut terus terjaga.

Rosiah Mohamed Ariff, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bumbong Lima, menyatakan rasa terima kasih kepada KPJ Penang atas inisiatif ini.

“Program ini pastinya memberi manfaat yang besar kepada anak-anak yang disayangi dan memudahkan mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui oleh Malaysia Aktif.

Inisiatif sekolah angkat ini dilancarkan bersempena dengan perasmian blok baharu KPJ Penang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut memberi sokongan terhadap usaha KPJ dalam memperkukuhkan komitmen mereka dalam meningkatkan akses penjagaan kesihatan, terutamanya bagi golongan yang memerlukan.

-AA-

Tinggalkan komen anda