Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Semangat Kesukanan Perkukuh Perpaduan di Kampung Tepoh

By 13 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran bin Johari/Hafiz bin Aziz (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 10 pasukan dari sekitar Kampung Tepoh telah menyertai pertandingan sepak takraw anjuran Kelab Pemuda Kampung Tanjung Bunut dan Komuniti MADANI Bukit Berangan, di sini kelmarin bertujuan memupuk semangat perpaduan, meningkatkan kecergasan fizikal serta merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung.

Aksi final antara pasukan Kuala Lumpur dan pasukan Johor

Ketua Komuniti MADANI Kampung Bukit Berangan Hafiz Aziz dalam ucapannya, berkata pertandingan ini memberi peluang kepada penduduk daripada pelbagai golongan untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana yang sihat.

Pasukan Kuala Lumpur menjuarai Pertandingan Sepak Takraw Komuniti MADANI

Beliau berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Kamal Ariffin, 45, salah seorang penonton menyatakan kepuasannya terhadap penganjuran pertandingan ini yang dianggap sangat bermanfaat dalam mengeratkan hubungan antara penduduk.

“Pertandingan sebegini perlu diadakan lebih kerap lagi bukan sahaja di Kampung Tepoh tetapi juga di seluruh Kuala Nerus,” ujarnya.

Pasukan yang diberi nama Kuala Lumpur telah meraih juara dan semua pasukan yang terlibat menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan penyertaan mereka dalam program ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda