
Laporan/foto: Amirul Muzamil Razali (Segamat)
SEGAMAT, 14 Jan (MalaysiaAktif) ā Karnival Tekstil Segamat yang diadakan dari 11 hingga 13 Januari 2025, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Anuar Manap, berjaya menarik perhatian masyarakat setempat meskipun cuaca tidak menentu.

Ucapan perasmian oleh ADUN Pemanis
Acara pertama kali diadakan di Dataran Segamat ini bertujuan mempromosikan industri tekstil, khususnya produk buatan tempatan serta memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk memperkenalkan produk mereka secara terus kepada orang ramai.

Gimik mematikan benang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri PemanisĀ Ā AnuarĀ Manap
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang tiga hari, antaranya pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak bertemakan busana Johor, reka cipta baju kurung dan melayu Johor, program Segamat berselawat, pemeriksaan kesihatan, pameran kereta dan banyak lagi.
Menurut Pegawai Maybank Segamat, Zairul Nadzreen Zainuddin, 30, sambutan pada awalnya agak kurang menggalakkan akibat cuaca yang tidak menentu. Namun, sepanjang karnival berlangsung, semakin ramai masyarakat setempat hadir untuk menikmati kemeriahan acara ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pemanis Anuar Manap serta Ahli Dewan Undangan Negeri Jementah Ng KorĀ Sim.
-AA-