Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bomba Terengganu Ingatkan Orang Ramai Elak Pantai Semasa Monsun Timur Laut

By 17 Januari 2025Februari 3rd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu, Nur Mahathir Muhamad, mengingatkan orang ramai untuk tidak mendekati kawasan pantai semasa Monsun Timur Laut yang melanda negeri ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu menyampaikan ucapan

Beliau berkata keadaan ombak yang besar boleh membahayakan keselamatan dan orang ramai diingatkan untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Antara sebahagian ahli KAWAT dan anggota bomba hadir di majlisĀ solatĀ hajat

Beliau menyuarakan perkara itu selepas menghadiri program kerohanian yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPM) di Surau Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu, di sini kelmarin.

Program tersebut melibatkan seramai 200 pegawai dan anggota bomba dari pelbagai pangkat serta ahli-ahli KAWAT.

Program yang pertama kali diadakan ini turut mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat bertujuan untuk memohon keberkatan dan keselamatan kepada semua yang terlibat serta mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.

Presiden KAWAT Ahmad Syafri Husnaini Mohamad, turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba dan memaklumkan bahawa program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli KAWAT.

Beliau berharap kerjasama yang baik antara media dan bomba ini dapat diteruskan pada masaĀ akanĀ datang.

-AA-

Tinggalkan komen anda