
Laporan/foto:Donny Minggu Ling/Mohammad Nazeri Arif (Sarawak)
TATAU, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Buah Pakan atau Nyekak, Isu dan durian pisang adalah antara buah yang menjadi tarikan pengunjung ke Tamu Pekan Tatau di sini.

Harga setompok buah nyekak di Tamu Pekan Tatau.
Buah pakan atau nyekak ini sering dikaitkan dengan penghujung musim buah durian dan rasanya manis dan berlemak.
Kulitnya bewarna jingga manakala isinya pula berwarna jingga kemerahan dan agak keras atau kenyal sedikit berbanding durian biasa menjadikannya lebih unik berbanding buah–buahan yang lain.

Sambas menunjukkan buah pakan atau nyekak yang dijual oleh beliau di Tamu Pekan Tatau semalam.
Menurut salah seorang penjaja buah pakan atau nyekak, Sambas Guntor, 53 tahun, buah nyekak atau pakan ini dijual dalam lingkungan harga RM20 – RM25 setompok bergantung kepada kualiti dan saiznya.
“Pemintaan daripada pengunjung amat menggalakan sekali dan terdapat juga buah–buahan lain antaranya rambutan, nangka dan banyak lagi di Tamu Pekan Tatau,” katanya ketika ditemui semalam.
-RJ-