Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

YSB Santuni Masyarakat Tionghua Sempena Tahun Baru Cina

By 25 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI 25 Jan (MalaysiaAktif) – Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di salah sebuab hotel, di sini semalam.

Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah menyampai sumbangan kepada golongan memerlukan sempena Tahun Baru Cina.

Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah.

Seramai 150 orang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan (B40) dan golongan kelainan upaya telah dipilih bagi menerima sumbangan ini melibatkan tiga buah daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan Yan yang melibatkan keseluruhan nilai sumbangan berjumlah RM45 ribu ringgit.

Menurut Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah ketika menyampaikan ucapan, majlis sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan YSB terhadap mereka yang memerlukan dan berharap ia dapat meringankan beban dan memberi sinar kegembiraan sempena perayaan yang bakal disambut pada 29 Januari nanti.

Tetamu kenamaan yang hadir bergambar kenangan.

Salah seorang penerima Ang Poh Kim, 84, mengucapkan terima kasih kepada YSB yang prihatin dengan nasib warga emas sepertinya yang serba kekurangan membuat persediaan menyambut Tahun Baru Cina.

“Saya tidak mampu berjalan kerana mengidap penyakit kencing manis, tetapi sumbangan ini sangat mengembirakan saya untuk menyambut Tahun Baru Cina kali ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda