Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Premis Makanan Perlu Bersih Sebelum Perbaharui Lesen

By 26 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Perbadanan Labuan (PL) telah membuat ketetapan agar premis restoran dan kedai kopi perlu mematuhi syarat-syarat kebersihan sebelum memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2025.

Para pemilik premis ceria menerima Anugerah Kebersihan gred A

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PL, Mohd Sukuran Taib syarat-syarat kebersihan yang telah ditetapkan termasuklah tandas premis, dapur, perangkap minyak dan sisa makanan serta siar kaki.

Mohd Sukuran bergambar kenangan bersama para pemilik dan wakil premis makanan yang memperoleh gred A

“Pentingnya ketetapan ini dibuat
adalah bertujuan untuk memastikan keselesaan pelanggan, pengunjung dan pelancong serta untuk mewujudkan satu suasana yang bersih dan sihat di Labuan.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar para pengusaha terus komited dalam memastikan hasrat ini
terus dilaksanakan,” katanya semasa Majlis Anugerah Kebersihan Premis Makanan Labuan Tahun 2024/2025 di sini kelmarin.

Beliau turut memaklumkan pada penilaian premis tahun 2024, sebanyak 200 buah premis di WP Labuan telah dinilai berbanding hanya 186 premis pada tahun 2023.

“Daripada 200 buah premis tersebut, sebanyak 97 premis atau 48.5% berjaya memperoleh gred A dalam penilaian yang telah dilaksanakan manakala 103 premis atau 51.5% telah mendapat gred B.

” PL juga akan mempamerkan premis-premis yang mendapat gred A di skrin LED PL sebagai satu penghargaan kepada usaha pemilik-pemilik premis makanan,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda