Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Future Health 4ALL: Inisiatif Kesihatan Komuniti Dilancarkan di Pahang

By 26 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faisal Ishak/T. Mohd Fadir Yusof

ROMPIN, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Program Future Health 4ALL dengan tema ‘Kesihatan Menghubungkan Rakyat’ merupakan satu inisiatif kesihatan komuniti di negeri Pahang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Ir. Razali Kassim, program ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti dengan maklumat dan akses kepada kesihatan.

Pengunjung yang hadir melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Kesihatan adalah keutamaan utama dalam agenda pembangunan negeri Pahang dan saya menyeru kepada masyarakat untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui program ini,” ujarnya sewaktu berucap merasmikan program, di sini semalam.

Acara ini mendapat sokongan daripada pelbagai rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) antaranya KPJ Healthcare, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin, Hospital Muadzam dan jabatan kerajaan yang lain serta Komuniti MADANI di sekitar DUN Muadzam Shah.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah berkaitan gaya hidup sihat, pameran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan serta pertandingan futsal dan pertandingan mewarna.

Kanak-kanak teruja mencuba permainan interaktif yang disediakan oleh MCMC.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Mohd Sharifuddin Abdul Rahman, 39, dari Felda Keratong 6, berkata beliau melahirkan rasa teruja dengan program ini terutama sekali anak-anaknya, yang dianggap sebagai langkah penting ke arah meningkatkan kesedaran dan akses terhadap penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar.

Kerajaan Negeri Pahang berharap inisiatif tersebut dapat membawa perubahan positif kepada kualiti hidup rakyat, sejajar dengan visi Malaysia MADANI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda