Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Miliki Pelbagai Kemahiran Bantu Jana Pendapatan Keluarga

By 27 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohamad Radhmad Rayee (Sarawak)

KUCHING, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Bermula daripada sekadar minat , kini kemahiran yang dimilikinya mampu menyumbang kepada pendapatan ekonomi keluarga.

Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, Awangku Fadli Awangku Mahrup, 41 tahun yang juga Pembantu Keselamatan di salah sebuah jabatan kerajaan di sini berkata beliau menggunakan pendekatan untuk belajar secara formal dan tidak formal pelbagai ilmu kemahiran seperti membaiki alat elektronik seperti tv, radio, mesin basuh, dryer dan pelbagai lagi.

Awangku Fadli juga mahir dalam ilmu pertukangan dan membaiki rumah.

Katanya, beliau juga mahir dalam ilmu pertukangan dan membaiki rumah yang mana rumah yang didiami masa kini hasil dari tangan beliau sendiri tanpa mengupah tenaga luar yang lain.

Menurut Awangku Fadli lagi, beliau juga aktif secara kecil- kecilan mengusahakan penternakan burung puyuh baka penelor selain akan ke laut untuk menangkap ikan semasa cuti.

Awangku Fadli penternak buruh puyuh pelenor.

“Sebenarnya ia adalah berasal minat dari zaman sekolah yang terdedah dengan ilmu kemahiran dan kini bila sudah ada komitmen yang lebih besar saya praktikkan dalam kehidupan selain dapat mengisi masa terluang dengan ilmu yang bermaanfaat.

“Tidak menyangka sama sekali kini ramai yang menghantar dan memerlukan perkhidmatan kemahiran saya,” ujarnya sambil menambah minat untuk menimba ilmu kemahiran yang dimiliki sekarang pada asalnya untuk kegunaan peribadi dan mengisi masa lapang sahaja.

Awangku Fadli turut menyarankan untuk mengambil peluang belajar kemahiran baharu yang mudah didapati di platform media sosial youtube dan jangan takut untuk gagal kerana setiap kegagalan dengan usaha berterusan dan doa pasti akan menemui kejayaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda