Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Walkabout BeBAs: Premis Bersih, Bebas Asap Rokok

By 27 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /Foto : Norlia Mili ( Sarawak)

KUCHING, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Premis makanan yang bersih dan bebas asap rokok dapat memberi keyakinan kepada orang awam untuk terus berkunjung bagi menikmati juadah makanan dengan selesa.

Pekerja menukar kain lapik meja baru untuk keselesaan pengunjung semasa menikmati hidangan.

Dalam Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau BeBAs yang diadakan di TopSpot Food Court dan kawasan sekitarnya, sebanyak 22 premis makanan telah diperiksa.

“Sebanyak 14 premis makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan premis ‘Bersih dan Selamat’ (BeSS) di mana kesemuanya mempunyai tanda larangan merokok” kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, kemarin.

Bagi Zulfakar Roslan, 32 tahun, berharap agar peraturan yang menetapkan kebersihan di premis makanan dan juga larangan merokok dipatuhi dan kepatuhan terhadap peraturan perlu selalu dipantau selalu.

Zulfakar ( empat dari kiri) dan isteri Siti Hajjar bersama keluarga memilih TopSpot Food Court untuk menikmati juadah makanan laut.

Manakala isterinya Siti Hajjar Mat Dalahan, 31 tahun pula berkata premis yang bersih dapat memberi keselesaan kepada pengunjung.

“ Apa yang penting tempat itu bersih dan bebas dari asap rokok kerana saya sering membawa dua orang anak saya yang masih kecil,” ujarnya.

TopSpot Food Court, Kuching yang merupakan pusat makanan laut terkenal di Kuching, merupakan lokasi pertama pelaksanaan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) bagi tahun 2025.

-RJ-

Tinggalkan komen anda