Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

200 Peserta Sertai Aktiviti Gotong-Royong

By 27 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Hampir 200 peserta menyertai aktiviti gotong-royong sempena Program One Hour Malaysia Clean Up-Wabak Denggi di Padang Taman Wawasan, di sini kelmarin.

Abd Rahim (kanan) membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan aktivitiĀ gotong-royong

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk Abd Rahim Mohamed Noor berkata, tumpuan pada hari tersebut adalah untuk membersihkan persekitaran Taman Wawasan dan Taman Cemerlang.

Wasanthee (tengah) berharap program ini berjaya mencegah Wabak Denggi dan mendidik masyarakat tentangĀ kebersihan

“Semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang diketuai oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk.

“Kita bukan sahaja membersihkan kawasan yang berisiko menjadi tempat pembiakan jentik-jentik malah akan mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyertai program ini,” ujarnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang Wasantee Sinnasamy, menzahirkan penghargaan di atas penglibatan agensi dan penduduk tempatan dalam usaha murni tersebut.

“Diharap usaha ini akan berjaya mencegah wabak denggi dan mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal,” ujarnya dalam ucapanĀ perasmian.

-AA-

Tinggalkan komen anda