Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Gertak Sanggul Santuni 160 Warga Emas

By 31 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Rashid/Muhammad Alif Abd Hamid

BAYAN LEPAS, 31 Jan (MalaysiaAktif) – Komuniti Madani Gertak Sanggul mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan sumbangan kepada 160 warga emas di kawasan sekitar bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengerusi Komuniti Madani Gertak Sanggul, Leong Kein Cheong menyampaikan sumbangan kepada penerima

Sumbangan wang tunai dan limau mandarin itu disampaikan oleh Pengerusi Komuniti Madani Gertak Sanggul, Leong Kein Cheong di Tokong Tai Shang Lau Jun.

Tan Ah Bak (dua kiri) merupakan salah seorang penerima sumbangan duit raya sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Kein Cheong ketika ditemui berkata, sumbangan wang tunai dan limau mandarin tersebut merupakan kerjasama erat antara Komuniti Madani Gertak Sanggul dan Tokong Tai Shang Lau Jun setiap kali sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada warga emas di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, penerima sumbangan, Tan Ah Bak, 71, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan.

“Saya sangat gembira kerana menerima sumbangan wang tunai ini dan berharap bantuan ini diteruskan,” katanya.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda