Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Badungun SeaSide View Sumbang Sektor Pelancongan Kuala Penyu

By 7 Februari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Amirul Dait/ Lawrance Nurin Kok Kiong (Kuala Penyu)

KUALA PENYU, 07 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat peranginan Badungun SeaSide View di Kuala Penyu bukan sekadar tempat penginapan, juga menyumbang kepada ekonomi setempat.

Terletak sejauh 110 kilometer daripada Bandaraya Kota Kinabalu, pusat peranginan ini dilihat mampu membuka banyak peluang pekerjaan di samping melonjakkan perniagaan penduduk setempat.

Suasana yang tenang jauh dari kesibukan kota.

Pegawai Daerah Kuala Penyu, Nelson Domil Oluk, berkata, pusat peranginan mampu memberi impak positif terhadap ekonomi masyarakat setempat sekaligus mempromosi Kuala Penyu sebagai produk pelancongan berpotensi tinggi di Sabah.

“Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada ekonomi setempat, tetapi juga membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sektor pelancongan.

“Ini adalah langkah positif untuk mempromosikan keindahan dan budaya daerah Kuala Penyu kepada masyarakat luar.

“Melalui usaha seperti ini, orang ramai dari dalam dan luar negeri juga mampu mengenali dan lebih kerap berkunjung ke daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini kemarin.

Berkongsi pengalaman, pelancong daripada Selangor, Mohammad Azmin Jamaludin, 46, berkata, Badungun SeaSide View menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan pemandangan laut yang memukau.

Sekitar pemandangan sekitar Badungun SeaSide View, Kuala Penyu yang memukau.

Azmin tidak pernah menjangkakan tempat ini begitu indah. Pemandangan lautnya sungguh memukau, terutamanya pada waktu pagi dan senja.

“Saya sangat berpuas hati dengan tempat tinggal serta perkhidmatan yang disediakan. Semua kelengkapan disediakan dan sangat berguna kepada setiap pengunjung yang bermalam di tempat ini,” katanya.

Terletak hanya kira-kira 4.8 kilometer dari Pekan Kuala Penyu, pusat peranginan ini mudah diakses dengan kenderaan serta menawarkan suasana yang tenang jauh dari kesibukan kota.

Badungun SeaSide View mempunyai empat buah rumah inap menawarkan suasana persekitaran yang tenang dan selesa untuk pengunjung yang ingin menikmati percutian yang unik bersama keluarga.

-RJ-

Tinggalkan komen anda