Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pesisir Pantai Negeri Perlis Terkenal dengan Siput Mentarang dan Kerang-Kerangan

By 12 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Bagi anda yang datang ke negeri Perlis, terutama menyusuri jalan di sepanjang pesisir pantai Kuala Perlis menuju ke Kuala Sungai Baru Perlis akan terlihat arca Siput Mentarang di sekitar Kawasan Kurung Tengar.

Ini kerana di kawasan pesisir pantai sepanjang Kuala Perlis ini sehingga ke Sungai Baru, punya identiti makanan laut negeri Perlis seperti siput dan kerangan-kerangan hasil daripada nelayan pesisir pantai Perlis, yang mencari pendapatan dengan mencari siput dan kerang-kerangan secara kecil-kecilan tidak jauh dari pantai.

Khairul menunjukkan isi siput duri

Menurut sejarah siput mentarang di arca tersebut menyatakan, siput mentarang ini hanya ada di beberapa lokasi seperti pantai yang berselut yang terdapat di Sabak Bernam dan Kuala Perlis yang akan di kutip ketika air laut surut.

Kini, sepanjang pesisir Kuala Perlis sehingga ke Sungai Baru sangat dikenali tempat tumpuan pelancong yang inginkan hasil laut segar terutama dari siput dan juga kerang-kerangan daripada pesisir laut negeri Perlis itu sendiri.

Menurut Khairul Anuar Ghazali, 29, salah seorang pekerja di gerai sekitar Kawasan Kurung Tengar yang menjual siput dan kerang-kerangan, berkata jualan di gerai tempat beliau bekerja adalah siput sudu (kupang), kepah, kerang susu, kerang bulu, siput kumbaq (siput duri) dan ia merupakan hasil laut segar dari pesisir pantai laut Kuala Perlis.

“Ada masanya, di gerai ini juga ada siput atau kerang-kerangan seperti unam (belitung), lokan dan juga retak seribu,” ujarnya lagi ketika ditemubual semalam.

Bagi peminat siput mentarang, mentarang di pesisir laut Kuala Perlis mempunyai keenakannya tersendiri.

-AA-

Tinggalkan komen anda