
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Bagi anda yang mencari tempat bersantai pagi mahupun waktu petang yang mempunyai ‘pot’ makan santai dan menarik di sekitar bandar Kangar, kami mencadangkan untuk ke Kafe Nyorok bersebelahan Dataran Dato Sheikh Ahmad.
Kafe Nyorok yang beroperasi pada dua sesi iaitu pagi dan petang menyediakan pelbagai menu dan makanan yang paling diminati oleh masyarakat Malaysia iaitu nasi lemak.

Berkonsep ‘outdoor’ memberikan suasana santai kepada pelanggan kedai ini.
Antara menu lain yang menarik untuk dicuba adalah mi kari Chinese style, lontong dan ada juga menu barat seperti spaghetti aglio olio.
Menurut salah seorang pemilik kafe Ahmad Shakir Md Ali, 36, perniagaannya yang kini sudah beroperasi selama dua tahun pada awalnya hanya menyediakan sarapan pagi.
“Selepas mendapat sambutan daripada pelanggan, Kafe Nyorok dibuka pula untuk sesi petang.
“Waktu operasi kedai ini bagi sesi pagi adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan bagi sesi petang adalah 5.30 petang sehingga 11.30 malam,” katanya.
an juga Mohd Azri Omar menyatakan
Seorang lagi pemilik, Mohd Azri Omar, 33, berkata pelbagai menu masakan disajikan untuk pelanggan yang datang ke kedai ini dan sesuai untuk pelbagai kategori umur.

Menu istimewa lontong dan sambal sotong kering.
“Bagi anda yang memilih mengisi masa bersama keluarga atau rakan di kawasan dalam bandar Kangar, Kafe Nyorok antara lokasi pilihan untuk menikmati makanan bersama keluarga atau rakan-rakan dengan santai.
Menurut seorang pelanggan kafe Nur Qatrunnada Yusri, 18, kawasan dalam bandar dan di tengah-tengah pekan (bandar) Kangar, menjadikan lokasi ini mudah diakses.
“Kafe ini sangat dekat dengan rumah, sambil menikmati hidangan secara santai hidangannya juga sesuai dengan cita rasa saya,” katanya.
-ZS-